Thursday 17 May 2012

Perkongsian


~~ Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan..

Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang air mata saat impian kecundang…

Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.

Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi..~~

Model Pondok




Slide Power Point











Wednesday 9 May 2012

cara mendapatkan keredhaan ibu bapa

bagaimana utk mendapat keredhaan ibu bapa seterusnya keredhaan allah s.w.t :


  1. menghargai & menghormati kedua ibu bapa.
  2. berbuat baik kepada kedua ibu bapa
  3. menjaga hati mereka.
  4. jangan sekali2 membuat mereka sedih dengan kelakuan kita.
  5. merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa, Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ahh kepada keduanya.(Surah an-Nisaa, ayat 23).
  6. haruslah berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.
  7. berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa.
  8. jangan menderhaka kepada ibu bapa, sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.
  9. hormat kepada ibu bapa bukan Muslim.

Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
 
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.
 
Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:
 
Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.


Tuesday 17 April 2012

Kelebihan Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

DARIPADA Ibnu Abbas r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: Sucikanlah tubuh badan ini maka Allah akan menyucikan kamu kerana sesungguhnya tiada seorang pun daripada hamba yang menghabiskan waktu malamnya di dalam keadaan bersuci melainkan malaikat bermalam di rambutnya. Tidak ia bangun waktu malam tersebut (untuk beribadat dan berdoa) melainkan malaikat akan berkata: Wahai Allah ampunilah hambu-Mu ini lantaran bermalam di dalam keadaan suci (berwuduk sebelum tidur dan tidak berhadas besar). (Diriwayatkan oleh Tabrani di dalam Al-Audad seperti yang dinukilkan oleh Al-Mundiziri di dalam At-Tarqib).

Suci maksudnya ia tidur di dalam keadaan suci dari hadas kecil (berwuduk) dan hadas besar.

Daripada Muaz bin Jabal r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda telah bersabda maksudnya: Barangsiapa dari orang Islam bermalam di dalam keadaan suci kemudian bangun malam (untuk beribadat) berdoa kepada Allah s.w.t. memohon kebaikan dunia dan akhirat maka Allah s.w.t. akan menunaikan permintaannya. (Berkata Al-Mundziri di dalam At-Tarqibnya diriwayatkan oleh Abu Daud juga oleh An-Nasai dan Ibnu Majah)